Our Projects

our-projects

Laporan Aktiviti Tahunan Yayasan Wiba Prima (YWP) untuk tahun 2005 hingga Julai 2014

Tahun: 2015

Bil Tarikh Aktiviti
1. Sepanjang Tahun Mendapatkan Sumbangan Bagi Membantu Pusat Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin Ibrahim dan Fatimah dan Akademi Remaja Islam Autisma (ARISMA)
2. 8 Februari 2015 Bengkel Kenali Personaliti Belajar Anak-anak di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq

·         Program telah diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Remaja Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (RISMAS)

·         Program telah mendapat sambutan yang amat baik dari lebih 30 buah keluarga dengan kehadiran para ibubapa dan anak-anak.

3. Mei 2015 Permohonan Sumbangan Untuk Membaik Pulih Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin Ibrahim dan Fatimah

·         Surat rasmi telah ditulis Khazanah Nasional.

4. Mei & Jun 2015 Bengkel Strategi Belajar 90 Hari Sebelum UPSR

·         Telah dijalankan di Bilik Kuliah Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar dengan bilangan peserta, 30 pelajar Tahun 6 bersama ibu/bapa masing-masing.

5. Jun 2015 BENGKEL MINI: MUDAHNYA SOLAT!

·         Bengkel ini merupakan salah satu usaha untuk membantu komuniti sekitar memperbaiki solat yang merupakan tiang kepada kehidupan seorang Muslim. Bengkel ini juga bertumpu kepada komuniti wanita tanpa mengira peringkat umur kerana wanita yang terjaga solatnya akan mampu mendidik anak-anak dalam menyempurnakan solat mereka.

·         Bengkel ini dinamakan sebagai “Bengkel Mini: Mudahnya Solat!” kerana bengkel ini hanya diadakan separuh hari, tidak seperti bengkel-bengkel lain yang menggunakan tempoh masa yang lebih panjang. Hal ini berikutan untuk memudahkan para peserta bengkel agar tidak terbeban dengan pertembungan waktu bengkel dengan aktiviti hujung minggu bersama keluarga. Program ini turut dijalankan secara bengkel iaitu ada hubungan dua hala serta praktikal bersama para peserta.

·         OBJEKTIF

1. Memperbetul bacaan dan perbuatan dalam solat.

2. Mempraktik adab-adab sebelum, ketika dan selepas solat.

3. Memberi kefahaman dan penghayatan dalam setiap bacaan dan perbuatan solat.

·         Program telah dijalankan pada 7 Jun 2015 bertempat di Masjid Ar-Rahman, SS1, Kampung Tunku, Petaling Jaya.

6. Julai 2015 Majlis Berbuka Puasa di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin Ibrahim dan Fatimah.

·         Program tahunan YWP meraikan pelajar serta tenaga pengajar pusat tahfiz.

 

Tahun: 2014

Bil Tarikh Aktiviti
1. Sepanjang Tahun Mendapatkan Sumbangan Bagi Membantu Pusat Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin Ibrahim dan Fatimah dan Akademi Remaja Islam Autisma (ARISMA)
2. Julai 2014 Permohonan Sumbangan Sempena Ramadan Al-Mubarak 2014

·         Surat rasmi telah ditulis kepada 4 organisasi bagi mendapatkan sumbangan sempena Ramadan 2014. Surat telah dikeluarkan kepada:

o   KUB Berhad

o   Summit Sdn Bhd

o   Agrotech Sdn Bhd

o   Khazanah Nasional

3. 21 Julai 2014 Majlis Berbuka Puasa di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin Ibrahim dan Fatimah.

·         Program tahunan YWP meraikan pelajar serta tenaga pengajar pusat tahfiz.

4. 11 Julai 2014 Memberi Sumbangan Sempena Ramadan kepada organisasi serta pusat tahfiz

·         Sumbangan RM50 telah diberikan kepada organisasi/badan berikut:

o    Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah

o    Surau Nurul Hidayah

o    Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor

o    Persatuan Anak-anak Yatim Lipis

5. 17 Julai 2014 Memberikan sumbangan Ramadan kepada ARISMA

·         Memberikan sumbangan RM500 kepada ARISMA sempena Ramadan.

6. Jun 2014 Membuka Kedai di Premis YWP di Kuala Kangsar untuk mewujudkan aliran tunai bagi YWP melalui jualan barang-barang terpakai.

·         Sebuah kedai telah dibuka yang berfungsi sebagai saluran untuk mengumpulkan dana bagi YWP.

·         Konsep kedai adalah menjual barang-barang terpakai hasil kutipan/derma orang ramai.

·         Hasil kutipan akan digunakan sebagai dana untuk aktiviti-aktiviti YWP.

7. September 2014 Kerjasama Bersama Azzahra Azhani Resources untuk menganjurkan Langkawi International Art Colony 2014 (LIAC 2014)

·         Mendapatkan sumbangan dari Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

 

Tahun: 2013

Bil Tarikh Aktiviti
1. 10 April 2013 Sidang Media Majlis Minum Petang Ibu Ratu Hatiku & ARISMA 

·         Sidang Media telah diadakan di Menara PGRM Cheras bertujuan memperkenalkan Akademi Remaja Islam Autisma (ARISMA) kepada orang ramai dan untuk mendapatkan sumbangan.

·         YWP telah membuat komitmen untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada ARISMA.

2. 22 Jun 2013 Seminar Pembangunan Keluarga 2013 Bersama Raudhatus Sakinah

·         Program bersama Raudhatus Sakinah di mana YWP bertanggungjawab mendapatkan sumbangan dan dana untuk menjayakan program ini.

3. 1 Ogos 2013 Lawatan Tapak ke Pusat Operasi ARISMA

·         Lawatan ke premis operasi ARISMA beralamat di

4. 9 September 2013 Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP

·         Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah dijalankan di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

·         Berbagai isu telah dibincangkan termasuk rancangan program untuk YWP di masa akan datang.

5. 10 Oktober 2013 Mesyuarat Pengurusan YWP

·         Mesyuarat pengurusan YWP telah dijalankan di pejabat YWP di Wangsa Maju.

·         Mesyuarat turut disertai wakil juru audit YWP.

 

Tahun: 2012

Bil Tarikh Aktiviti
1. 5 Mac 2012 Projek Rintis ARISMA

–          Untuk memulakan projek ARISMA telah mula beroperasi di sebuah rumah salah seorang ibubapa remaja autis beralamat di No 23, Jalan UP 3/5A, Ukay Perdana, 68000 Ampang.

2. 24 Mei 2012 Mesyuarat Agong YWP 2012

–          AGM telah dijalankan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

3. Julai 2012 Memohon Sumbangan Untuk Masyarakat Islam Miskin Untuk Kawasan Kuala Kangsar

–          Menghantar surat memohon sumbangan dari pihak korporat sempena bulan Ramadan.

4. 29 Oktober 2012 Program 3R – (ReUse, ReDuce & ReCycle) ‘Kitar Semula’

–          Program diadakan di SRJK (C ) Jerlun dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

5. 4 Disember 2012 Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YWP

–          Mesyuarat telah dijalankan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

6. 31 Disember 2012 Program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati bersama Rhaudatus Sakinah

–          YWP berkerjasama dengan pihak RS sebagai saluran untuk mendapatkan dana dan sumbangan bagi tujuan penganjuran program ini.

 

Tahun: 2011

Bil Tarikh Aktiviti
1. Januari 2011 Mendapatkan Premis Untuk Kegunaan ARISMA dari Jabatan Perdana Menteri

–          JPM telah memberi YWP satu (1) karters untuk digunakan yang beralamat di No. 2333 Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

–          YWP telah bersetuju menerima melalui surat bertarikh 17 April 2011.

–          Walaubagaimanapun hasil tinjauan pihak JKR didapati kuarters perlu dibaik pulih sebelum boleh digunakan dan kos yang diberikan adalah RM500,000.

–          Pihak JKR tidak mempunyai peruntukkan, meminta YWP mendapatkan sumber kewangan.

2. 19 Februari 2011 Real Undergraduate Conference 2011 (RUC’11)

–          Penganjuran persidangan pelajar IPT di PICC dengan kerjasama Real Leaders Solutions serta sokongan Kementerian Pengajian Tinggi.

–          RUC’11 telah berjaya dijalankan pada 19 Februari 2011 di PICC.

3. Ogos 2011 Memohon Sumbangan Dan Bantuan Untuk Membaik Pulih Bangunan Kuarters Jkr Bagi Tujuan Penggunaan Akademi Remaja Islam Autisma (ARISMA)

–          YWP menghantar surat serta berjumpa syarikat-syarikat untuk mendapatkan dana bagi tujuan baikpulih.

–          YWP gagal untuk mendapatkan RM500,000.

–          Pihak JPM menarik balik kuarters kerana pihak PDRM memerlukan kuarters tersebut berdasarkan surat Bahagian Pengurusan Harta (BPH) pada 22 November 2011.

4. September 2011 Program Untuk anak-anak Felda di Rasah Negeri Sembilan

–          Program pada bulan September 2011 di bawah naungan YWP yang telah dijalankan oleh pihak UKM.

5. 20 Disember 2011 Mesyuarat Agong YWP

–          AGM telah dijalankan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

 

Tahun: 2010

Bil Tarikh Aktiviti
1. 30 Januari 2010 Menganjurkan ‘REAL Undergraduate Conference 2010’ atau RUC’10

–          Menganjurkan ‘REAL Undergraduate Conference 2010’ atau RUC’10 bersama REAL Leaders Solutions sebagai acara tahunan YWP.

–          RUC menjadi persidangan terbesar bagi siswa dan siswi di Malaysia dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

–          Program telah berjaya dijalankan di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 30 Januari 2010 dengan penyertaan hampir 1000 pelajar dari IPT di seluruh negara.

2. Oktober 2010 Penubuhan Akademi Remaja Islam Autisme (ARISMA)

–          Penubuhan sebuah akademi khusus untuk remaja-remaja autis dengan kemahiran kendiri agar mereka dapat menjalani kehidupan dan berdikari.

–          YWP berperanan mendapatkan dana dan premis untuk membolehkan ARISMA beroperasi.

3. 31 Disember 2010 Mesyuarat Agong YWP

–          AGM telah dijalankan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

 

Tahun: 2009

Bil Tarikh Aktiviti
1. 31 Januari 2009 Menganjurkan ‘REAL Undergraduate Conference 2009’ atau RUC’09

–          Menganjurkan ‘REAL Undergraduate Conference 2009’ atau RUC’09 bersama REAL Leaders Sdn Bhd yang merupakan persidangan terbesar bagi siswa dan siswi di Malaysia dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

–          Objektif persidangan ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan ilmu kepimpinan kepada siswa dan siswi di Malaysia.

–          Program telah berjaya dijalankan di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 31 Januari 2009 dengan penyertaan hampir 1000 pelajar dari IPT di seluruh negara.

2. Jun 2009 Memohon Sumbangan Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Bulan Ramadhan Kawasan Kuala Kangsar

–          Surat telah dihantar kepada syarikat-syarikat untuk mendapatkan sumbangan untuk disalurkan kepada anak yatim dan ibu tunggal yang telah dikenal pasti di daerah Kuala Kangsar.

3. Julai 2009 Memohon Sumbangan Bahan ICT Terpakai dan Tidak Digunakan Untuk Projek ONE HOME ONE PC (OHOPC)

–          Tujuan surat ini adalah untuk mendapatkan sumbangan dari pihak korporat, syarikat-syarikat dalam bentuk bahan ICT yang terpakai dan tidak digunakan lagi seperti komputer, ’lap top’, dan sebagainya untuk projek One Home One PC (OHOPC) bersama Linear Channel Sdn Bhd.

 

Tahun: 2008

Bil Tarikh Aktiviti
1. 20 April 2008 hingga Ogos 2008 Projek Komuniti ICT Kuala Kangsar (KIKK)

–          Kempen ‘Saya Sekeluarga Celik ICT’ dengan menggunakan pakej One Home One PC bersama Linear Channel Sdn Bhd dan Microsoft.

–          Kempen meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ICT serta bagaimana ICT boleh meningkatkan taraf hidup.

–          OHOPC membolehkan semua orang memiliki komputer peribadi serendah RM2 sehari.

–          Sebanyak 50 keluarga telah menyertai program ini.

2. 4 Julai 2008 Pelancaran Tabung Pusat Aktiviti Kanak-Kanak & Remaja UNTUK AKADEMI TAHFIZ AL-HIDAYAH (ATAH)

–          YWP dengan kerjasama Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) melancarkan Tabung Pusat Aktiviti Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia pada 4 Julai 2008.

–           Akademi ATAH merupakan sebuah Sekolah Bersepadu yang terletak di alamat Jalan Gurney 2, Dato’ Keramat, Kuala Lumpur.

–          Bertujuan bagi mengumpulkan dana untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah bagi mengisi generasi muda dengan ilmu dan amal.

–          Pelancaran telah dijalankan di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Jalan Melati, 53100 Kuala Lumpur.

3. 1 September 2008 Penyedian Kertas Kerja Akademi Tahfiz ICT Tabung Haji (ATIT)

–          Objektif Akademi Tahfiz ICT Tabung Haji atau ATIT adalah mewujudkan rangkaian akademi-akademi Tahfiz yang bernaung di bawah pengurusan Tabung Haji.  Akademi-akademi Tahfiz ini akan fokus dalam menghasilkan tahfiz Al Quran dan mengintegrasikan pengetahuan ICT kepada semua para pelajar.

4. 19 September 2008 Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah, Bangi 2008.

–          Bersempena Ramadan Al-Mubarak ini, Yayasan Wiba Prima (YWP) dengan kerjasama REAL Leaders Sdn Bhd (RLSB) akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah, Bangi.

 

Tahun: 2007 

Bil Tarikh Aktiviti
1. Januari 2007 Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin Ibrahim dan Fatimah.

–          Mewujudkan sebuah pusat Tahfiz yang beralamat di Batu 17 Jalan Taiping, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak

–          Pusat Tahfiz ini khusus untuk pelajar perempuan sahaja dan kini ada lebih dari 100 pelajar.

 

Tahun: 2006

-Tiada aktiviti

Tahun: 2005

-Tiada aktiviti

 

 

If you are interested to know more on how you can collaborate or help us, email to us at ask@kamiliaibrahim.com or call us at +603 4149 0690.